selepas empat bulan, semalam baru saya dan kawan-kawan berpeluang untuk bergembira.
pada awal pagi lagi kami telah bertolak untuk memperbaharui lesen saya.
malangnya tidak dapat.
terpaksa la saya menunda lagi. mungkin di johor nanti.
dalam jam 10.30 pagi, saya memandu terus ke kuching untuk menyelesaikan beberapa perkara.
walaupun semalam sudah hampir kali ke-5 saya memandu ke sana, tetap juga sesat.
sebelum bertolak ke Serian, kami lunch tetapi malangnya minyak kereta hampir habis.
jadi terpaksa saya tinggalkan Attoy, Qeela dgn Shida di Satok dulu
sementara saya dgn kakak saya, Salbiah pergi mengisi minyak.
malang lagi. kami tersalah jalan dan tersangkut dalam kesesakan.
maklum lah, hari jumaat. orang pergi solat jumaat.
jumpa stesen minyak, terus saya dgn Salbiah isi minyak.
nak tak nak, kami terpaksa makan maggi dalam kereta.
sebab memang tengah sesak sangat masa tu.
kami sms 3 orang kawan tu suruh mereka makan dulu.
kira-kira jam 1.40, kami bertolak ke Serian.
salah salah.
Air Terjun Ranchan.
pertama kali ni nak pergi.
nasib baik tak sesat.
perjalanan memang la bosan.
pemandu ni lagi la mengantuk tengok pokok-pokok sepanjang jalan.
dalam perjalanan, kami ternampak Rumah Orang-Orang Tua Seri Kenangan
yang kami pernah lawati 2 bulan yang lepas.
ni gambar sebelum kami salin baju untuk mandi manda.
kami dapat port yang best.
tak la bawah sangat, tak la atas sangat.
maksud saya atas gunung.
nyaman.
yang pakai baju hijau ni namanya Qeela.
selepas makan-makan roti, jajan dan makanan ringan yang kami bawa,
kami terus bertolak pulang ke kota samarahan.
singgah di Sajian Kampung di Desa Ilmu untuk makan malam.
sebelum bertolak balik tu, kami sempat bergambar lagi.
sampai di bilik, terus saya terpandangkan meja yang penuh bersepah.
dengan buku statistik lagi. terus hilang kegembiraan saya.
________________________________________________
oh ya ! minggu lepas ibu pos barang untuk saya.
saya terkejut sangat.
sebab saya tak mintak pun.
ni dah kali ke-8 ibu pos barang dari johor ke Sarawak.
tengok tu, ibu saya yang baik hati hantar roti gardenia untuk saya.
lama tak makan roti sedap.
paling terkejut, ibu belikan saya kasut lagi.
i love you la ibu !
tapi kasut tu besar sangat la ibu. takpela.
nanti adik pakai ya.
haaa kawan-kawan. cemburu tak ? jangan !
mungkin ibu anda menunjukkan kasih sayang dengan cara lain.
bersyukur la ya.
_____________________________________________
ada orang request nak tengok rupa bilik di Unimas.
ini territory saya ya.
walaupun kami duduk berdua, tapi di bilik kami ada 4 kerusi.
bilik ni sama besar dengan bilik di Kolej Mawar UiTM Shah Alam dulu.
tapi di sini lebih best sebab tak sesak dan susunan perabot lebih teratur.
disebabkan bilik yang luas, meja dan katil jauh antara satu sama lain.
kalau nak solat jemaah 4 orang pun insyaallah boleh.
gambar di bawah ni semasa di Kolej Mawar UiTM Shah Alam.
crowded gila kan ? ni territory saya. tempat kecil je.
kat situ la katil, kat situ juga la meja.
rasanya ni entry paling panjang pernah saya buat.
dan gambar pun paling banyak.
saya harap kawan-kawan tak bosan.
kalau dah baca tu, tinggalkan la jejak sekali.
KOMEN dan LIKE sekali.
terima kasih !







12 people love me:
best! best! best!
nnt ni la kenangan yg akan
kita bawak smpai tua.
ingat ezzah, kite pernah mkn
maggi berdua dlm kereta
kt petronas lg...
jgn lupe!
_chichalchumil_
wahhhh~!!
T_T
sal, aku pasti igt. selagi segala kenangan aku tuliskan dlm blog, mustahil aku akan lupakan. umur aku 80 tahun pun aku akan menulis segala perkara yg tjadi dlm hidup aku dlm blog ni. walaupun maggi je, tp manis nya mcm gula gula ! HAHA
kak dayah, nnt cuti bulan 5, kte g jalan ya ngn sal. kalau kak dayah ada mesti lg havoc ! kteorg lalu sebelah airport nmpk airoplane trus teringat kak dayah. AWESOME !
seronoknya!
UNIMAS terbaek lah!
nampaknya kau nie junior akk aku.
hehe dulu dia student UNIMAS gak..
tau tau. ko ada cerita dlu. akak ko bunga raya kan jannah ? hehe. unimas mmg terbaik !
wahhhhhhh. x ajak pon pegi air terjum. hehe. btw mmg x bosan pon bace entry ni, siap ade gmbr bilik lagi:D plg best dpt kasot dari ibu tersyg seyhhh . jeles :l
nurel, thanks ya. :)
bukan nya tak nak ajak.
tp kami pun actually tak tau jalan masa tu. takut jgk nk bwk org.
next sem nnt kte pegi rmai2 nak ? :)
jgn la jeles sy dpt kasot. nnt suh amir bli kan ya. :D
aiyakk. saya tanak amir belikan. saya nak dari mak saye )': takpe, 9mei saya mintak mak saya belikan kfc ! (jgn jeles)
haha. sy suh ibu sy belikan mcd la. sy yg dpt dlu nnt sbb sy smpi johor dlu. HAHAHEHEHUHU
sgt geram sbb x dpt ikut!!waa..:-(
tula. anis ada role play kan ? takpela. next time kte g rmai2. tmpt dh tau sng la. :D
Post a Comment